Monday, July 26, 2010

Merit atau Kuota???

Di Malaysia ini, merit atau kuota selalu menjadi perbincangan hangat. Terutama ketika kemasukan ke Pusat-pusat Pengajian Tinggi, orang Cina dan India mahu sistem merit diguna-pakai kerana ini menguntungkan mereka dari jumlah kemasukan.

Tetapi, bila soal pembahagian kerusi untuk bertanding dalam pilihanraya, mereka mahu kuota parti mereka dikekalkan. Kenapa tidak mahu ikut sistem merit juga. Semua orang tahu, dalam soal politik, orang Melayulah yang paling hebat. Begitu hebat dan terbuka, hingga terpaksa melutut kepada bangsa lain untuk memerintah. Penentuan calun disandarkan kepada siapa yang paling sesuai untuk menang disesuatu kawasan. Jika sistem merit ini diguna-pakai, sudah pasti calun yang mewakili kaum India boleh dikira dengan jari.

Jadi, jangan menuntut untuk keuntungan bangsa sendiri sahaja. Sebagai masyarakat yang majmuk, kita patut hidup dalam keserdehanaan dan berbaik-baik sesama kita.

Thursday, July 1, 2010

Demokrasi 50.1%

Orang akan bertanya-tanya kenapa demokrasi kali ini ada peratusnya. Apa signifikannya 50.1% ni? Bukankah demokrasi itu berkait rapat dengan majoriti mudah, ia itu 50.0% + 1(apa saja)? Atau, apakah tuan punya blog nak ajar ajaran sesat kepada kawan-kawannya?

Memanglah demokrasi di Malaysia ini dalam apa-apa pertandingan atau pemilihan, mereka yg mendapat undi terbanyak, dikira sebagai pemenang. Tetapi undi terbanyak tidak semestinya undi yang melebihi bilangan 50%. Disini saya ingin mengambil contoh 2 pemilihan kepimpinan dalam parti pemerintah, Barisan Nasional. Yang pertama, Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi sessi 2008-2011 dan yang kedua, Pemilihan Presiden MCA 2010. Seperti yang telah ditakdirkan kedua-dua pemilihan tersebut menyaksikan pertandingan tiga penjuru dan kedua-dua pemilihan tersebut pemenangnya mendapat undi tidak lebih dari 40% perwakilan yang hadir.

Apabila ini terjadi, dalam pengamatan saya, Ketua yang terpilih tidak mempunyai kekuatan yang jitu dan tidak mendapat sokongan padu dari akar umbi. Segala keputusan yang dibuat selalu dipertikaikan dan secara sendirinya melemahkan kepimpinan tersebut malah kadang-kadang itu setiap langkah yang diambil menjadi canggung dan kadang-kadang tidak efisien dan relevan. Mungkin bermain diminda akar umbi, pemimpin yang ada bukan mewakili majoriti kehendak ahli-ahli.

Maka disarankan di Malaysia ini digubal satu undang-undang dimana apabila berlaku pertandingan yang melibatkan lebih dari 2 penjuru, apabila keputusan menunjukkan pemenang tidak dapat meraih lebih dari 50% undi, undian semula perlu dilakukan dan ditetapkan 2 calun yang mendapat undi terbanyak, dipertandingkan semula. Yang penting mesti menang dengan undi yang melebihi 50%.

Mungkin situasi akan menjadi lebih kondusif. Wallahualam.