Wednesday, June 9, 2010

JUDI BOLA - HALAL, HARAM atau MAKRUH?

Besok akan bermula Bolasepak Piala Dunia di Afrika Selatan(bersempena dengan Muktamar PAS Pusat). Pak Najib masih berteka-teki sama ada nak HALAL, HARAM atau MAKRUH(maksudnya buat-buat tak nampaklah tu) tentang judi bola. Diharap tiada pemimpin PAS yang melalut semasa muktamar, kerana malam tak tidur tengok bola. Kalau Pak Najib haramkan judi bola, maka terbantutlah hasrat Vincent Tan nak bersedekah menggunakan laba judi bola tersebut. Tapi yang paling takjub tentang isu judi bola ini, Timbalan Menteri Islam isytihar tentangnya, Timbalan Mentri Bukan Islam pula umum tentang kerajaan belum luluskan tentangnya. Yang paling kesian Ibrahim Ali, terpalit sama mengenai isu ini.

Sebagai orang islam, ikut sahaja larangan ALLAH, habis cerita. Ada masa, akal juga tak tergapai akan natijahnya. Bagi orang bukan islam, jika budayanya menggalakkan judi dikalangan mereka, 'Hentam Sajalah Labu'. Tapi, tak pernah lagi saya dengar ada agama didunia ini menggalakkan perkara-perkara yang memudaratkan.

Kepada kerajaan, janganlah terhapus panas yang berpanjangan hanya kerana hujan yang sikit dan singkat.Wallahualam.

Sunday, June 6, 2010

Salam Pengenalan

Kadang-kadang, kita perlu jadi 'Jejaka Perasan' untuk mengetahui bakat yang ada dalam diri. Dua tiga kali tulis dalam 'Facebook', nampak macam ada sambutan, itu sebab buat blog ni, sebab dalam facebook ruang cukup terhad.

Sebagai 'Jurutera Purba', kadang-kadang buah fikiran kita diterima juga. Sebagai pemimpin akar umbi, kita perlu bersuara, mungkin didengar pemimpin atas sana. Buat apa sahaja, yang pasti perjuangan Agama, Bangsa dan Negara mesti diteruskan. Wasallam.